Pesawat Terbakar Di Lapangan Terbang Chicago

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

CHICAGO: Kira-kira 20 orang cedera apabila pesawat American Airlines Boeing 767 yang sedang membuat pelepasan ke Miami dari Lapangan Terbang O'Hare, Chicago, terbakar pada Jumaat, menurut pegawai kecemasan.

Kebakaran penerbangan American Airlines Penerbangan 383 yang membawa 161 penumpang dan sembilan anak kapal itu berlaku ketika pesawat berada di landasan salah sebuah lapangan terbang paling sibuk negara ini.

"Kami membawa kira-kira 20 pesakit yang mengalami kecederaan kecil ke beberapa hospital," kata Juan Hernandez dari Jabatan Bomba Chicago pada sidang akhbar.

Beliau menyifatkan kecederaan-kecederaan tersebut termasuklah lebam-lebam dan kecederaan buku lali yang dialami penumpang yang keluar melalui gelongsor kecemasan.

"Kami sentiasa menjaga pelanggan dan anak-anak kapal kami dan menempatkan semula penumpang dalam penerbangan lain ke Miami petang ini," kata American Airlines dalam satu kenyataan.

Punca kejadian masih belum jelas, dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan syarikat penerbangan memberikan maklumat bercanggah.

FAA berkata, pesawat itu mengalami masalah pada tayar, tetapi jurucakap Tony Molinaro memberitahu AFP ia hanyalah maklumat awal dan berdasarkan laporan awal daripada juruterbang pesawat.

Dalam satu kenyataan berasingan, American Airlines mengaitkan kejadian itu dengan 'isu berkaitan enjin.'

Timothy Sampey, yang bersama dengan operasi lapangan terbang Jabatan Bomba Chicago berkata kebakaran itu berlaku di salah sebuah enjin pesawat.

"Terdapat kebakaran besar di sebelah kanan pesawat," katanya.

"Terdapat kebocoran bahan api yang besar."

Para pegawai tidak menjelaskan punca kebocoran itu, menyatakan ia akan ditentukan oleh penyiasatan berikutnya.

Pemerhati membuat posting gambar dan video di media sosial menunjukkan asap hitam berkepul dari pesawat itu.

Sebuah video menunjukkan penumpang yang turun dari gelongsor kecemasan dan melarikan diri dari pesawat, dengan asap hitam dan api kelihatan di sebelah kanan pesawat.

Krew kecemasan berada di sekeliling pesawat yang berada di landasan, dengan bahagian sebelah kanan termasuk sayapnya telah hangus.

FAA berkata ia sedang menyiasat kejadian itu dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan telah dimaklumkan.

Perkhidmatan di O'Hare tidak terganggu, tetapi FAA berkata kelewatan adalah dijangka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan