Duterte Sedia Lawat Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 11:32 AM

Rodrigo Duterte

(Ubah saiz teks)

DAVAO CITY: Selepas China, Brunei dan Jepun, Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini bersedia untuk lawatan negara ke Malaysia bagi membincangkan kaedah menamatkan kegiatan lanun di sepanjang Selat Melaka, kawasan maritim yang bersempadan dengan empat negara.

Presiden itu yang menganggap dasar negaranya tidak semestinya selari dengan Amerika Syarikat dan nekad memerangi aktiviti dadah berkata, beliau akan melengkapkan lawatan ke Malaysia, salah sebuah negara 'yang penting buat saya.'

Duterte berkata beliau tidak sabar untuk bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekali lagi bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk melawan serangan di sekitar Selat Melaka, yang menjadi kawasan panas lanun yang baharu.

Duterte membayangkan bahawa beliau akan mengambil pendirian tegas dalam menangani kegiatan lanun, sama seperti caranya berurusan dengan kegiatan dadah. - Philippine Daily Inquirer / Asia News Network
Tags / Kata Kunci: Rodrigo Duterte , lawatan negara , lanun

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan