Suspek Jual Tuala Wanita Palsu Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 12:40 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Polis di timur China menahan dua suspek yang disyaki mengeluarkan dan menjual lebih 10 juta tuala wanita tiruan menggunakan jenama popula di seluruh negara itu.

Produk yang dibungkus kemas menggunakan jenama tuala wanita Sofy dan Whisper itu dibuat di sebuah bengkel di kampung tanpa melakui proses steril.

Kedua-dua lelaki berkenaan menjalankan operasi di sebuah pekan di Nanchang di Wilayah Jiangxi, lapor portal berita Ncnews.com.cn yang memetik kenyataan pihak berkuasa di situ.

Salah seorang suspek yang dikenali sebagai Wan yang mencetuskan idea itu pada 2013 untuk mendapatkan wang cara mudah selepas bisnes kelab malamnya gagal.

Dengan bantuan sepupunya, Wan bersama seorang lagi saudara sepupunya menyewa dua bilik di sebuah bangunan pejabat, selain bengkel dan dua gudang di kampung berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, tahap kebersihan gagal dijaga dengan baik dan ia boleh memberi kesan kepada pengguna tuala wanita yang dihasilkan suspek.

Setiap pek mengandungi 10 tuala wanita dijual pada harga 10 yuan (RM6.20), manakala kos penghasilannya hanya dua atau tiga yuan sebelum dijual kepada peruncit antara empat atau lima yuan.

Produk itu paling banyak dijual di kedai runcit kawasan pedalaman terutama di 14 bandar seluruh negara itu.

Wan ditahan bulan lalu dan siasatan kes berkenaan masih dijalankan. - South China Morning Post


Tags / Kata Kunci: Sofy , Nanchang , tuala wanita

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan