Dadah: Datuk Bandar Filipina, Sembilan Pengawal Peribadi Mati Ditembak

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

KIPADAWAN: Tersenarai antara pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam pengedaran dadah, akhirnya seorang datuk bandar mati ditembak pasukan khas polis Filipina.

Datuk Bandar Saudi Ampatuan, Samsudin Dimaukom adalah antara suspek yang disenaraikan Presiden Rodrigo Duterte kerana terlibat dalam kegiatan itu.

Turut terkorban dalam operasi itu adalah sembilan pengawal peribadi datuk bandar di selatan Filipina itu.

AFP melaporkan, jurucakap polis, Superintendan Romeo Galgo, berkata Samsudin dan pengawal peribadinya melepaskan tembakan terhadap pasukan polis anti dadah yang menahan kenderaan mereka di sekatan jalan raya di Makilala, 950 kilometer di selatan Manila selepas disyaki membawa dadah.

Menurutnya, polis membalas tembakan dan membunuh semua mereka dalam kenderaan itu.

“Mereka bersenjata lengkap dan ia adalah operasi membanteras dadah yang sah,” katanya.

Menurut AP, operasi itu dilancarkan selepas polis mendapat maklumat kumpulan Samsudin merancang membawa sejumlah besar dadah jenis methamphetamine atau syabu dari  Davao ke Saudi Ampatuan.

Ogos lalu, Duterte berkata, Samsudin adalah seorang daripada 150 pegawai kanan kerajaan, termasuk hakim serta polis yang dikenal pasti terbabit dalam sindiket dadah dan mengarahkan mereka menyerah diri.

Datuk bandar itu menafikan dia terbabit dengan pengedaran dadah malah memberitahu media turut berjuang memerangi dadah dan menyokong Duterte.


Tags / Kata Kunci: Samsudin Dimaukom , Rodrigo Duterte , dadah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan