Rusia Serah Data Radar MH17 Kepada Belanda - Berita Dunia | mStar

Rusia Serah Data Radar MH17 Kepada Belanda

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 9:14 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Rusia telah menyerahkan data radar mentah dari tempat di mana pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17 ditembak jatuh di kawasan dikuasai pemberontak di timur Ukraine kepada Belanda, Moscow mengesahkan Khamis.

"Kami telah memberikan data radar mentah kepada Belanda yang kami temui sebulan yang lalu," kata jurucakap Kementerian Luar, Maria Zakharova kepada AFP.

Beliau bercakap selepas Menteri Kehakiman Belanda, Ard van der Steur memberitahu Parlimen pada Rabu bahawa pendakwa Rusia telah menyerahkan 'paket maklumat' kepada kedutaan Belanda di Moscow.

Ard berkata beliau tidak dapat memberikan butiran kerana kandungan itu perlu dinilai sama ada ia berguna untuk siasatan.

Kementerian Pertahanan Rusia pada lewat September telah mengeluarkan apa yang didakwa sebagai 'imej radar baharu' yang menunjukkan bahawa tidak ada peluru berpandu dilancarkan dari wilayah yang dikuasai pemberontak pada hari penerbangan MH17 ditembak jatuh pada Julai 2014, bertentangan dengan beberapa perisytiharan sebelum ini.

Kementerian itu mengeluarkan imej kepada wartawan, dua hari sebelum pasukan penyiasat jenayah antarabangsa yang dipimpin Belanda mengeluarkan penemuan awal pada 28 September berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang mendapati peluru berpandu telah diangkut dari Rusia.

Pasukan penyiasatan itu yang telah menghabiskan masa selama dua tahun menyiasat kemalangan yang mengorbankan semua 298 kru dan penumpang berkata pada masa itu Rusia tidak memberikan data radar baharu kepada mereka.
Tags / Kata Kunci: MH17 , data radar , peluru berpandu
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan