Kanak-Kanak Antara 26 Maut Serangan Udara Idlib

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

BEIRUT: Serangan udara yang menyasarkan kawasan kediaman dan sekolah di Idlib mengakibatkan 26 terkorban termasuk kanak-kanak.

Kejadian di wilayah barat daya Syria itu berlaku pada Rabu dipercayai melibatkan pesawat sama ada milik tentera Russia atau Syria.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, pesawat, sama ada milik tentera Russia atau Syria, melakukan enam serangan di Kampung Hass, termasuk di sebuah kompleks sekolah.

Serangan itu dilakukan sekitar jam 11.30 pagi (4.30 petang waktu Malaysia.)

“Satu roket disasarkan pada pintu masuk sebuah sekolah ketika pelajar bersiap sedia untuk pulang selepas pihak sekolah mengambil keputusan menamatkan persekolahan lebih awal kerana serangan udara itu,” kata seorang penduduk.

Idlib dikuasai Tentera Penakluk, antara kumpulan yang menentang rejim Presiden Bashar al-Assad.

Perang saudara ini menyaksikan pergeseran antara Presiden Bashar al-Assad yang disokong Russia, Iran dan militan Syiah dari Lubnan, Iraq dan Afghanistan menentang kumpulan pemberontak Sunnah termasuk yang disokong Turki, monarki Teluk dan Amerika Syarikat.

Lebih 300,000 orang terbunuh sejak konflik meletus di Syria pada Mac 2011, bermula dengan tunjuk perasaan antikerajaan. 


Tags / Kata Kunci: Idlib , Syria , Russia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan