Myanmar Negara Paling Pemurah Di Dunia

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

MYANMAR dinamakan sebagai negara paling pemurah di dunia untuk tahun ketiga berturut-turut, demikian menurut Indeks Memberi Dunia Yayasan Bantuan Kebajikan (CAF).

Indeks tahunan itu diperoleh daripada purata 1,000 responden setiap negara yang keseluruhannya melibatkan 140 negara. Ia mengambil kira tiga aspek penting iaitu membantu orang tidak dikenali, menderma wang dan kesukarelawan.

Bagaimanapun, kedudukan Singapura lebih baik tahun ini apabila berada di tempat ke 28 iaitu meningkat enam tangga berbanding tahun lalu. Ia kedudukan terbaik sejak indeks ini dilancarkan pada 2010.

Republik itu memperbaiki kedudukannya daripada segi membantu orang tidak dikenali dan menderma.

Separuh daripada responden di Singapura didapati membantu orang tidak dikenali, manakala enam daripada 10 atau 58 peratus menderma tahun lalu.

Bagaimanapun, aspek kesukarelawan menurun dari 27 kepada 23 peratus.

Situasi berbeza di Myanmar apabila sembilan daripada 10 responden menderma wang untuk tujuan kebajikan.

Menurut indeks itu, penduduk Myanmar bermurah hati kerana mematuhi ajaran agama Buddha.

Selain itu, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Sri Lanka tersenarai antara lima negara teratas yang mengamalkan sikap pemurah.

Bagaimanapun, China menduduki tangga paling bawah kerana mencatat mata dari segi kesukarelaan dan derma yang rendah.



Tags / Kata Kunci: Myanmar , CAF

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan