Penjaga Gol Fasih Berbahasa Sepanyol Selepas Koma

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 4:01 PM

RUEBEN koma selama beberapa hari akibat kecederaan di bahagian kepala. - Ihsan FACEBOOK

(Ubah saiz teks)

ALTANTA: Seorang penjaga gol pasukan sekolah tinggi di Amerika Syarikat (AS), yang mengalami koma selama beberapa hari akibat kecederaan di bahagian kepala, tidak menyangka dia boleh bercakap bahasa Sepanyol dengan lancar sejak mula tersedar.

Rueben Nsemoh yang bermain untuk pasukan elit Gwinnett County mengalami kecederaan itu pada bulan lalu apabila kepalanya disepak oleh pemain lain ketika cuba menangkap bola, menyebabkan dia terlantar di Pusat Perubatan Altanta di Georgia.

Namun sebaik sahaja sedar, ibunya, Dorah Nsemoh memberitahu rangkaian berita WSB-TV bahawa anaknya itu fasih bercakap bahasa Sepanyol, bahasa yang tidak pernah dipelajari sebelum ini.

Pelajar Sekolah Tinggi Georgia itu masih belum dibenarkan hadir ke sekolah dan keluarganya menyuarakan kebimbangan tahap kecederaan yang dialaminya.

"Seluruh kehidupan keluarga kami berubah sejak insiden tersebut," kata Dorah.

RAKAMAN amatur yang menunjukkan Rueben (terbaring) nyaris maut akibat disepak di bahagian kepala oleh pemain lain. - Ihsan WSB-TV

Jurulatih Rueben, Bruno Kalonji berkata, penjaga gol remaja itu terputus nafas beberapa kali ketika kejadian terbabit.

Jelas Kalonji, dia berasa panik dan terkejut apabila melibat Rueben mengalami sesak nafas dan muntah dengan banyak.

"Ketika itu, saya fikir kami akan kehilangannya.

"Jika dia mahu bermain lagi, saya mahu memastikan Rueben memakai pelindung kepala, begitu juga penjaga gol lain bagi mengelakkan insiden sama berulang," katanya.


Tags / Kata Kunci: Koma , Penjaga Gol

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan