Gempa Bumi 6.0 Magnitud Gegar Itali

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 8:16 AM

(Ubah saiz teks)

ROME: Beberapa siri gegaran melanda tengah Itali dengan kekuatan gegaran kedua mencecah 6.0 magnitud pada Rabu.

Lokasi gegaran adalah kawasan sama yang mengorbankan hampir 300 orang Ogos lalu.

Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan cedera di salah sebuah bandar dekat kawasan pergunungan selepas beberapa bangunan runtuh.

Pihak berkuasa sudah berada di lokasi bencana untuk memberi bantuan kecemasan dan menilai kerosakan.

Gegaran boleh dirasai sehingga ke ibu negara, Rome menyebabkan orang ramai keluar dari kediaman nasing-masing dan berkumpul di jalan raya.

Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) mencatat gegaran pertama pada 5.5 magnitud sekitar jam 5.10 petang diikuti gegaran kedua, dua jam kemudian.

Kedua-dua pusat gegaran gempa itu dikesan dekat perkampungan Visso di tengah wilayah Marche. 


Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Itali

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan