11 Pencari Emas Dipercayai Maut Tertimbus

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 10:56 AM

Kegiatan perlombongan emas secara haram dipercayai punca 11 maut di Merangin, Jambi.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sebelas orang dipercayai maut akibat tertimbus runtuhan tanah lumpur dalam hujan lebat, ketika sedang melombong emas secara haram di daerah Merangin, Jambi di Sumatera, Selasa.

Media dalam talian memetik Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulan Bencana Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, pihaknya masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat dan setakat ini masih belum menemui mangsa terbabit.

Beliau berkata pada kejadian kira-kira 5 petang semalam, kesemua 11 mangsa dikatakan tertimbus runtuhan tanah lumpur setelah hujan lebat berterusan selama beberapa jam.

"Sampai saat ini belum ada mangsa yang dievakuasi dan kami mendapat maklumat kesemua 11 orang itu sedang menjalankan aktiviti melombong dalam hujan lebat dan secara tiba-tiba runtuhan tanah menutup lubang lombong sedalam kira-kira lebih 50 meter itu," katanya.

Katanya, kerja-kerja membawa pengangkutan dan peralatan mencari dan menyelamat menjadi sukar kerana kawasan kejadian yang jauh di pedalaman manakala kedalaman lubang yang digali adalah melebihi 50 meter dan memerlukan pelbagai alat bantuan.

Beliau berkata, pasukannya masih berusaha untuk menyedut lumpur dan air yang menutupi lubang lombong untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Sutopo berkata berdasarkan laporan oleh keluarga masing-masing, mangsa dikenali sebagai Tami berumur 45 tahun, Yung Tuk (40), Siam (28), Hamzah (55), Catur (30), Jurnal (21), Sito (25), Zulfikar (43), Arman (35), Erwin (45) dan Guntur (35). 

Kegiatan melombong emas secara haram di Jambi dilaporkan berlaku secara terbuka oleh masyarakat kampung di daerah Merangin.

Baru-baru ini polis menutup 15 lombong haram dalam kawasan ladang kelapa sawit di daerah itu dan merampas pelbagai perkakasan melombong yang digunakan penduduk.

Bagaimanapun, aktiviti melombong emas secara haram masih dilakukan di kawasan pedalaman kerana terdapat permintaan emas yang tinggi dari daerah itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Merangin , emas , Jambi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan