Hampir 10,000 Pemohon "Berebut" Jawatan Penyambut Tetamu

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 12:50 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Hampir 10,000 daripada 1.3 juta rakyat China yang mencari kerja dalam perkhidmatan awam pada tahun ini, memohon satu kekosongan jawatan sebagai penyambut tetamu di pejabat sebuah parti minoriti negara itu.

Kekosongan jawatan di ibu pejabat jawatankuasa pusat Liga Demoraktik China itu telah menarik minat 9,837 pemohon sehingga tarikh akhir iklan tersebut yang ditutup pada pukul 6 petang Isnin.

Menurut laporan portal South Morning China, walaupun kempen antirasuah menyaksikan elaun mesyuarat dan elaun perjalanan pegawai dipotong, namun jawatan sebagai penyambut tetamu rasmi masih mendapat sambutan tinggi dalam kalangan belia susulan saingan yang sengit dalam pasaran pekerjaan.

Ini kerana daripada 9,837 pemohon, hanya lima calon sahaja akan dipilih untuk sesi temuduga sebelum diambil mengisi satu kekosongan tugas tersebut.

Liga Demokratik China merupakan satu daripada lapan parti minoriti yang dibenarkan memainkan peranan untuk membuat keputusan politik dan dasar tertentu dengan syarat menyokong parti pemerintah.

Tahun depan, parti itu akan mengambil staf baharu yang memegang tugas menyambut pegawai dan melakukan persediaan persidangan serta aktiviti rasmi lain.

Berdasarkan keterangan tugas itu, tugas terbabit sangat popular dalam kalangan pemohon kerana tidak memerlukan kelulusan yang tinggi.

Kebanyakan jawatan dalam Parti Komunis memerlukan sekurang-kurangnya kelulusan sarjana, tetapi pemegang ijazah sarjana muda dengan pengalaman dua tahun bekerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan Liga Demokratik China.

Jawatankuasa pusat Parti Komunis turut mencari seorang penyambut tetamu tetapi pemohon perlu menjadi ahli parti tersebut selain memiliki kelulusan ijazah dalam undang-undang, ekonomi atau pengurusan.

Di bawah kempen antirasuah yang dilancarkan sejak 2012, kerajaan China mengurangkan jumlah mesyuarat dan lawatan rasmi.

Penjawat awam yang berkhidmat dalam jabatan menyambut tetamu antara unit pertama terjejas akibat peraturan baharu itu.

Pada 2014, seorang penyambut tetam yang bertugas di wilayah Anhui memaklumkan kepada rangkaian penyiaran CCTV bahawa dia sempat bersarapan di rumah selepas tugasnya semakin berkurangan dan tidak lagi sibuk dengan tugasan rasmi.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan