Empat Maut Kemalangan Di Taman Tema Gold Coast

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 5:32 PM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Empat maut dalam kemalangan di sebuah taman tema popular di Gold Coast Australia, menurut polis.

Saksi-saksi berkata 'semua orang menjerit' selepas sebuah rakit dilihat berpusing dan terbalik ketika permainan berasaskan air itu sedang bergerak.

Menurut taman tema The Dreamworld yang mempunyai lebih 40 permainan dan tarikan itu, sekurang-kurangnya tiga orang meninggal dunia, tetapi polis berkata mangsa yang meninggal dunia adalah empat orang.

"Empat orang dewasa disahkan telah meninggal dunia," kata Polis Queensland dalam satu kenyataan, sambil menambah kejadian terbabit melibatkan tali getah penggerak.

Gold Coast Bulletin berkata mangsa sedang menaiki permainan Thunder River Rapids, yang menggerakkan rakit bulat dengan enam muatan menggunakan tali penggerak.

"Dreamworld bertindak secepat mungkin untuk mendapatkan fakta mengenai kejadian dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kecemasan dan polis untuk melakukannya," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Fokus dan keutamaan Dreamworld adalah terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini dan akan menyediakan maklumat kepada orang ramai sebaik sahaja maklumat diperolehi."

Seorang saksi yang mahu mencuba permainan itu berkata 'semua orang menjerit' selepas rakitnya dilihat terbalik.

Seorang lagi saksi yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu Gold Coast Bulletin: "Kakak dan anak saudara saya sedang menaikinya, mereka trauma, ada seorang perempuan dengan kaki tergantung."

Datuk Bandar Gold Coast Tom Tate berkata hari ini sebagai 'hari yang sangat menyedihkan bagi bandar kita'.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan