Pelakon Filem Lucah Dedah Perlakuan Tidak Bermoral Trump

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 11:29 AM

Gambar Drake bersama Trump ditunjukkan pada sidang media mendedahkan perlakuan tidak bermoral calon Parti Republikan itu.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Seorang pelakon filem lucah menjadi wanita ke-10 yang mendakwa calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terbabit dengan kegiatan tidak bermoral.

Calon Parti Republikan itu dikatakan pernah menawarkan AS$10,000 (RM41,800) kepadanya untuk datang ke bilik hotel secara bersendirian.

Jessica Drake merupakan salah seorang wanita yang mendakwa jutawan hartanah itu pernah meraba mereka selain mengeluarkan kenyataan tidak sopan dan mencium mereka.

Bercakap pada sidang akhbar di Los Angeles dengan diiringi seorang peguam berprofil tinggi, Gloria Allred, Drake berkata, dia bertemu dengan Trump pada Kejohanan Golf di Lake Tahoe, California pada 2006.

“Beliau mengorat saya dan kemudian mempelawa saya berjalan dengannya sepanjang padang golf itu,” katanya sambil menambah Trump kemudian meminta wanita itu ke bilik hotelnya.

Dia kemudian ke bilik taikun perniagaan itu dengan dua wanita lain dan Trump dikatakan memeluk setiap wanita itu dengan erat tanpa meminta izin.

Sebaik pulang ke biliknya, Drake berkata, Trump menghubunginya semula ke bilik dan menjemputnya ke sebuah parti.

“Apa yang kamu mahu? Berapa banyak,” soal Trump kepada Drake.

Bagaimanapun selepas dia menolak, Drake berkata, dia menerima satu panggilan lagi yang menawarkan AS$10,000.

Bagaimanapun, pasukan kempen Trump menafikan dakwaan Drake.

“Cerita ini sama sekali tidak benar dan tidak masuk akal. Trump tidak mengenali wanita ini, tidak mengingati individu ini,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP


Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Republikan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan