Cimpanzi Kuat Merokok Jadi Tarikan Zoo Pyoangyang

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 3:20 PM

AZALEA menunjukkan kemahiran menyalakan sebatang rokok menggunakan bara puntung rokok di zoo di Pyongyang pada 19 Oktober 2016. - AP

(Ubah saiz teks)

PYONGYANG: Korea Utara menggunakan cara kontroversi untuk menarik minat orang ramai mengunjungi sebuah zoo di ibu negara itu apabila melatih seekor cimpanzi untuk merokok pada setiap hari.

Portal Metro.uk melaporkan, cimpanzi yang dinamakan Azalea atau Dallae dalam bahasa Korea, menjadi tarikan sejak zoo di Pyongyang dibuka semula pada Julai lalu selepas proses menaiktaraf kemudahan itu dilakukan.

Mamalia betina berusia 19 tahun itu biasa menghabiskan sekotak rokok sehari selain menyalakan sendiri rokok menggunakan pemetik api.

Malah jika tidak diberikan pemetik api, Dallae turut mengetahui cara menyalakan rokok menggunakan bara rokok yang telah dibuang.

Di sebalik kemahiran yang dimilikinya itu, ramai pihak terutamanya aktivitis pencinta haiwan mengecam tindakan pihak pengurusan zoo berkenaan mengajar perkara buruk kepada binatang.

Selain itu mereka mendakwa, pengunjung zoo terutamanya kanak-kanak boleh terpengaruh dengan tabiat merokok yang ditunjukkan oleh Dallae.

Tags / Kata Kunci: Cimpanzi Merokok , Zoo Pyongyang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan