Konflik Syria: Ayah Berbohong Demi Menjaga Perasaan Anak

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 3:26 PM

SHAZA masih belum mengetahui realiti bahawa ibunya sudah meninggal dunia akibat dibom tentera kerajan Syria. - Sunday Mirror

(Ubah saiz teks)

SELAMA beberapa tahun, seorang pelarian Syria terpaksa hidup dalam penipuan kerana tidak sanggup mendedahkan kebenaran kepada anak perempuannya bahawa isterinya telah meninggal dunia akibat peperangan.

Malah Moustapha Kabour, 37, terpaksa memberitahu anaknya, Shaza, 11, bahawa dia telah bercerai dengan isterinya, Fotoon bagi mengelakkan kanak-kanak perempuan itu mengetahui realiti yang sebenar.

Mengimbas kembali kenangan pahit tersebut, Moustapha berkata, isterinya terbunuh akibat serangan bom tong oleh tentera kerajaan di kawasan rumah mereka di Aleppo beberapa tahun lalu.

Selepas kehilangan isteri tersayang, Moustapha mengambil keputusan untuk berlindung di kem pelarian di Lebanon bersama tiga anak perempuannya.

Namun setiap kali Shaza bertanya tentang ibunya, Moustapha terpaksa berbohong dan berpura-pura seolah-oleh dia telah bercerai supaya hati anaknya tidak terluka.

"Seluruh bangunan yang didiami kami runtuh akibat terkena bom.

"Saya mahu membawa isteri saya keluar tetapi gagal menemukannya," kata Moustapha seperti dilaporkan portal Sunday Mirror.

Shaza (kanan) bersama beberapa pelarian kanak-kanak Syria menyuarakan impian mereka. - Sunday Mirror

Penderitaan Shaza dan keluarganya antara kisah sedih 2.5 juta kanak-kanak Syria yang terpaksa hidup sebagai pelarian akibat peperangan.

Sejak menjadi pelarian, Shaza tidak bersekolah selama dua tahun tetapi kini sudah mula mengikuti pembelajaran yang disediakan di kem pelarian.

"Saya gembira kembali ke sekolah. Saya suka matematik dan mahu menjadi cikgu," katanya.

Sumber berita: http://www.mirror.co.uk/news/world-news/desperate-father-who-fled-syria-9106196

Tags / Kata Kunci: Syria

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan