26 Cedera Bas Dua Tingkat London Rempuh Jejambat

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 8:23 AM

Bas dua tingkat merempuh di sebuah jambatan kereta api di Totteham, utara London. Foto Tony Hardiman

(Ubah saiz teks)

SERAMAI 26 cedera selepas sebuah bas dua tingkat merempuh jejambat kereta api di London.

Lima daripada mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Rempuhan pada kira-kira pukul 4 pagi Sabtu (11 pagi Sabtu waktu Malaysia) di Tottenham, utara London mengakibat bumbung bas berkenaan hancur.

Ketika kejadian bas berkenaan disewakan untuk majlis persendirian.

Pasukan menyelamat mengeluarkan tiga penumpang yang terperangkap di bahagian atas bas.

Polis berkata, seorang mangsa masih berada di hospital tetapi kecederaannya dipercayai tidak begitu serius.

Seorang jurucakap Pasukan Bomba London dalam satu kenyataan berkata: "Kru membantu mengeluarkan tiga mangsa yang terperangkap di bahagian atas bas dua tingkat merah.

"Lima penumpang dibawa ke hospital manakala 21 lagi dirawat di tempat kejadian.

"Kru dari balai bomba Tottenham dan Edmonton tiba di tempat kejadian bersama Khidmat Ambulans London, Polis Metropolitan London dan Rangkaian Rel," katanya. - Mail Online

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan