174 Banduan Bolos Dari Penjara Haiti Selepas Bunuh Pengawal

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 9:03 AM

Seorang banduan yang ditemui dalam keadaan terbaring maut selepas ditembak banduan yang melarikan diri dari penjara Arcahaiea di Haiti pada Sabtu. Foto AP

(Ubah saiz teks)

ARCARHAIE (Haiti): Seramai 174 banduan melarikan diri dari penjara di utara Haiti pada Sabtu selepas membunuh seorang pengawal dan mencuri senjata api, menurut pihak berkuasa yang melancarkan operasi memburu pesalah terbabit.

Polis mengadakan sekatan di jalan dan menahan beberapa individu yang tidak mempunyai kad pengenalan.

Bagaimanapun, 266 banduan di penjara Archahaie tidak memakai uniform menyebabkan mereka lebih mudah untuk melarikan diri dan berada di luar.

Seramai 11 banduan berjaya ditangkap semasa pembolosan itu. Ketika kejadian, sebahagian banduan sedang mandi.

Sekumpulan banduan memecah masuk ke sebuah kawasan yang digunakan para pengawal, mencuri sekurang-kurangnya lima senjata, manakala seorang pengawal mati ditembak.

Menteri Keadilan Haiti, Camille Edouard Junior berkata, seorang banduan maut selepas terjatuh dari tembak sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala semasa melarikan diri dari penjara Archaie.

"Seorang pengawal terbunuh dalam insiden itu.

"Tiga banduan cedera, termasuk seorang yang maut akibat kecederaan yang dialaminya," kata Edouard Junior kepada Reuters. - Reuters



iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan