Napflix: Tonton Video Bosan Atasi Kesukaran Untuk Tidur

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 2:31 PM

DOKUMENTARI tentang panda antara video membosankan yang disiarkan dalam rangkaian televisyen atas talian Napflix. - Ihsan NAPFLIX

(Ubah saiz teks)

MADRID: Jika anda berdepan kesukaran untuk melelapkan mata dengan mudah, mungkin sebuah rangkaian televisyen dalam talian di Sepanyol yang dikenali sebagai Napflix boleh membantu menyelesaikan masalah itu.

Napflix yang dilancarkan baru-baru ini, menyiarkan video-video yang mengandungi rakaman membosankan dengan tujuan membantu penontonnya tidur dengan lebih cepat.

Kira-kira 60 video yang diambil dari laman perkongsian video, YouTube termasuk rakaman bunyi hujan menitik, dokumentari berkenaan panda dan syarahan tentang kuantum fizik dikongsikan dalam rangkaian tersebut.

Seorang daripada pengasas Napflix, Victor Gutierrez de Tena berkata, idea untuk mewujudkan rangkaian tersebut merupakan satu bentuk hiburan yang membosankan kepada penonton.

"Kami akan mencari video yang membosankan dan berulang untuk disiarkan.

"Idea ini mengingatkan kita sewaktu zaman kanak-kanak seperti menghadiri kelas selepas makan tengah hari dan siri televisyen yang ditonton selepas makan malam.

"Ketika itu, kita akan menonton satu demi satu siri televisyen sehingga tertidur," katanya pada Jumaat.

Napflix dilancarkan untuk tontonan seluruh dunia sejak Isnin lalu.

Antara video yang disediakan termasuk pertandingan tradisional Perancis, petanque dan tarian balet Swan Lake oleh Tchaikovsky.

Walaupun De Tena dan rakan pengasasnya bekerja dalam bidang pengiklanan, tetapi beliau berkata, tujuan Napflix diwujudkan tiada kaitan dengan kempen publisiti berbayar.

Sebaliknya beliau menjelaskan, rangkaian itu merupakan satu eksperimen bagi membina kumpulan peminat daripada platform berbeza di dalam talian. - AFP

Tags / Kata Kunci: Napflix , Tidur

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan