Murid Jatuh Dari Tingkat 17 Didapati Bunuh Diri Kecewa Dengan Keputusan Peperiksaan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 11:36 AM

-fotoShinMin

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Budak lelaki berusia 11 tahun yang jatuh dari tingkap bilik tidurnya di tingkat 17 pada hari dia menunjukkan keputusan peperiksaan kepada ibu bapanya didapati 'membunuh diri dengan sengaja'.

Dalam penemuannya ini, Koroner Negeri Marvin Bay menggesa ibu bapa dan pendidik agar mengingatkan pelajar bahawa 'usaha mereka mungkin tidak selalunya menghasilkan keputusan setimpal dan kegagalan itu bersifat sementara'.

Beliau menambah: "Ibu bapa dan pendidik juga perlu sentiasa meyakinkan anak-anak bahawa mereka akan sentiasa ada untuk membantu dalam mengharungi cabaran perjalanan pendidikan yang dilalui."


Pelajar terbabit, yang disebut sebagai Master H, adalah murid tahun 5 sekolah rendah yang tidak pernah gagal dalam mana-mana mata pelajaran.

Tetapi murid peralihan dari tahun 4 hingga tahun 5 secara umumnya akan menunjukkan penurunan dalam keputusan mereka.

Perubahan format peperiksaan bertujuan untuk mempersiapkan mereka bagi Peperiksaan Meninggalkan Sekolah Rendah (PSLE).

Pada 12 Mei, Master H mendapat kembali kertas peperiksaan bagi bahasa Inggeris, Matematik, bahasa Cina dan bahasa Cina Lanjutan. Daripada skor 100, dia mendapat markah; masing-masing, 50, 20.5, 53.8 dan 12.

Pada 14 Mei, ibunya membelikannya layang-layang, selepas dia memberitahu bahawa keputusan peperiksaannya adalah 'biasa'.

Dalam tahun-tahun sebelumnya, dia telah mendapat purata 70 markah bagi mata pelajaran yang diambil.

Keesokan harinya, pada Ahad, dia pergi bermain layang-layang dengan bapanya.

Mahkamah diberitahu bahawa ibunya akan merotan perlahan tapak tangannya bagi setiap kemerosotan dari standard ditetapkan iaitu 70 peratus.

Pada 16 Mei, budak lelaki itu mendapat kembali kertas peperiksaan sains dan mendapat 57.5 dari 100 markah.

Pada pagi 18 Mei, ibunya melihat anaknya berpakaian seragam sekolah. Tetapi dia sepatutnya pergi ke sekolah memakai pakaian pendidikan jasmani kerana dia perlu menghadiri kelas Wushu. Si ibu menyuruh anaknya itu menukar pakaian.

Tidak lama selepas itu, apabila ibu bapanya mendapati pintu biliknya dikunci, mereka membukanya dengan kunci pendua. Tetapi mereka mendapati kanak-kanak itu tiada.

Mereka kemudian melihat dia terbaring di bawah blok. Paramedik mengesahkan kematian kanak-kanak itu pada pukul 7 pagi.

Ibunya menangis dan berulang kali berkata dalam bahasa Mandarin: "Saya hanya minta 70 markah, saya tidak harapkan kamu dapat 80 markah."

Bay berkata: "Master H sukar untuk memahami dan membuat keputusan tergesa-gesa terhadap kemerosotannya. Dia takut untuk mendedahkan gred lemahnya kepada ibu bapanya....- The Straits Times/Asia News Network.
Tags / Kata Kunci: bunuh diri , keputusan peperiksaan , Master H

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan