'Uncle Starbucks' Sensasi Di Media Sosial Ketika Banjir Di Hong Kong

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 12:43 PM

-foto TV MOST/FACEBOOK

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Gambar seorang warga emas di Hong Kong, yang membaca akhbar ketika air membanjiri sebuah kafe Starbucks di Hong Kong dengan selamba, telah menjadi viral di media sosial.

Hong Kong dilanda hujan lebat minggu ini, menyababkan banjir di beberapa bahagian pulau itu.

Walau bagaimanapun, warga emas berkenaan tidak mempedulikan banjir yang berlaku dan terus menikmati secawan kopi dan surat khabar di outlet Starbucks di daerah Chai Wan.

Gambarnya di tempat kejadian menjadi viral selepas ia dikongsi di Facebook laman berita Hong Kong, TV Most, lapor BBC.

Gambar itu disertakan dengan kapsyen bahasa Cina: "Huh? Akhbar ini kata hari ini akan hujan. Tetapi saya terlupa untuk bawa payung."

Posting itu menerima lebih dari 19,000 reaksi dan 2,500 perkongsian oleh netizen.

Gambar itu dihantar oleh pekerja perubatan Kristy Chan, 23.

Chan memberitahu BBC bahawa dia mengambil gambar itu untuk menunjukkan bagaimana buruknya keadaan banjir kepada keluarganya dan dia telah terserempak dengan lelaki berkenaan yang duduk dekat pintu masuk pusat beli-belah.

"Sudah tentu saya tidak sangka ia akan viral," kata Chan.

Dia menambah bahawa sebenarnya ramai lagi pelanggan sedang duduk di dalam kafe.

"Ia agak lucu. Mungkin dia sudah banyak pengalaman hidup jadi dia tidak kisah dengan banjir."

TV Most turut menggalakkan dan mencadangkan orang ramai menghantar komen mereka dan menyunting gambar menggunakan Photoshop, menurut BBC.

-foto TV MOST/FACEBOOK


-foto TV MOST/FACEBOOK

Tags / Kata Kunci: media sosial , banjir Hong Kong , viral

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan