Selesema Burung: Taman Rusa, Zoo Delhi Ditutup

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Taman Rusa dan Zoo Delhi yang sering menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara di bandar ini ditutup susulan penularan virus selesema burung.

Setakat ini, lapan unggas dilaporkan mati di Taman Rusa akibat virus itu.

Pegawai kanan taman berkenaan, kematian dua unggas masing-masing di Zoo Delhi dan Taman Rusa, manakala tiga lagi dikesan di Sundar Nagar berhampiran zoo serta satu lagi di Tughlakabad di selatan Delhi yang menjadikan keseluruhannya 18 sejak minggu lalu.

Kedua-dua Zoo Delhi dan Taman Rusa akan ditutup sehingga arahan selanjutnya. 

Kurator Taman Zoologi Kebangsaan, Riaz Ahmed Khan berkata, bedah siasat sedang dijalankan pada burung dikenal pasti bahawa sekurang-kurangnya dua daripada burung itu mati akibat selesema burung.

“Kami memutuskan untuk menutup zoo untuk beberapa hari sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata zoo itu akan dibuka semula pada minggu depan.

Zoo tersebut mempunyai kira-kira 1,400 haiwan, reptilia dan burung yang mempunyai kira-kira 130 spesies. Taman yang luas itu adalah salah satu yang terbesar di India, mendapat kira-kira 2.2 juta pengunjung setiap tahun.

Amaran berjaga-jaga telah dikeluarkan di negeri jiran dan lokasi di mana berlakunya penghijrahan burung.

Pegawai kanan Kementerian Alam Sekitar berkata, peningkatan jumlah kematian unggas menimbulkan kebimbangan kerana ia dikesan di kawasan berbeza.

Sebarang keputusan  berhubung penularan virus itu akan dibuat beberapa hari lagi selepas menerima laporan makmal Jalandhar.


Tags / Kata Kunci: Taman Rusa , Zoo Delhi , Sundar Nagar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan