Lelaki Ditahan Di London, Bungkusan Mencurigakan Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 11:26 PM

Gambar fail bangunan Parlimen di London.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun di London pada Jumaat, berhubung satu bungkusan mencurigakan yang ditemui di dalam kereta api bawah tanah Underground, lapor AFP.

"Lelaki itu ditahan pegawai dari unit membanteras keganasan Polis Metropolitan (MET), dengan bantuan pasukan bersenjata di Jalan Holloway di utara London," menurut polis dalam satu kenyataan.

Polis Metropolitan London berkata, mereka menggunakan senjata perenjat elektrik atau taser semasa penahanan itu pada kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Lelaki terbabit ditahan di bawah Akta Keganasan.

Menurut polis, mereka memastikan bungkusan yang ditemui itu berada dalam keadaan selamat.

Pada Khamis, pegawai membanteras keganasan melakukan siasatan selepas bungkusan mencurigakan dilaporkan pada kira-kira pukul 11 pagi di dalam sebuah kereta api di stesen North Greenwich.

"Polis akan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan.

"Setakat ini, tiada pemburuan pihak lain, yang dikaitkan dengan siasatan," katanya.

Sementara itu Kementerian Pertahanan memberitahu kakitangannya dalam satu memo bahawa dalang mungkin telah meletakkan lebih banyak peranti letupan, lapor The Telegraph.

Saksi menceritakan bagaimana pegawai polis menjerit 'polis bersenjata, jangan cuba melawan' ketika mereka menahan seorang lelaki berjanggut putih memakai penutup kepala, jaket dan seluar jeans.

Ekoran kejadian, keselamatan telah dipertingkatkan di rangkaian pengangkutan awam di London dengan lebih pegawai, termasuk polis bersenjata melakukan rondaan di hab-hab pelancongan.

Pada Khamis, penumpang dipindahkan dari stesen berdekatan The O2 Arena di Timur London apabila loceng penggera berbunyi dan sebahagian besar laluan kereta api bawah tanah Jubilee telah digantung.

Tidak lama selepas jam 11 pagi, pengguna diberitahu untuk meninggalkan stesen yang ditutup selama lebih dari tujuh jam.

Tags / Kata Kunci: Underground , bahan letupan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan