Penjual Teh Kacak Jadi Model Selepas Gambar Viral

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 11:43 AM

Gambar Arshad Khan yang dimuat naik di akaun instagram Jiah Ali.

(Ubah saiz teks)

SEORANG penjual teh warga Pakistan menjadi popular sekelip mata selepas mendapat kontrak sebagai model apabila gambar wajah kacaknya dikongsikan sehingga viral.

Jurugambar Jiah Ali yang berpangkalan di Islamabad merakamkan gambar Arshad Khan semasa jejaka berusia 18 tahun itu sedang bekerja di sebuah bazar di ibu negara Pakistan.

Dia kemudiannya memuat naik gambar lelaki bermata biru itu di akaun Instagramnya menerusi kapsyen dengan nada gurauan, "Hot-tea" (Teh panas).

Gambar remaja itu mendapat lebih 12,000 tanda suka (like) dan komen daripada ribuan pengikut yang meminatinya.

Dua lagi gambar Arshad Khan yang dimuat naik oleh Jiah Ali di akaun instagramnya.

Ia kemudiannya menjadi 'trending' ke seluruh dunia, dari India ke London.

Sebuah syarikat dalam talian fitin.pk telah pun menandatangani kontrak Khan untuk menjadikan lelaki itu sebagai model.

Remaja berkenaan memberitahu dia turut berminat dalam lakonan.

Bercakap kepada Samaaa TV, seramai 40 sehingga 50 gadis datang berjumpa dengannya dalam tempoh beberapa jam, susulan gambarnya yang kini menjadi viral. - telegraph.co.uk

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan