Taufan Super Haima 'Serang' Filipina

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 10:19 AM

Penduduk Aparri di wilayah Cagayan menggunakan tali bagi mengelak kemusnahan kediaman mereka akibat Taufan Super Haima.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Ribut dan angin kencang membadai Filipina hingga memusnahkan rumah, menerbangkan bumbung sekolah dan menumbangkan pokok pada awal pagi Khamis.

Bencana itu akibat Taufan Super Haima yang melanda wilayah Cagayan di utara negara itu pada lewat malam Rabu.

Haima membadai bandar pesisiran pantai berhadapan Lautan Pasifik dengan kekuatan angin 225 kilometer sejam, dan bertiup sehingga 315 kilometer sejam. 

Dengan angin hampir menyamai Taufan Haiyan yang meragut 7,350 nyawa pada 2013.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan mengenai kematian diterima. 

Datuk Bandar Tuguegarao, Jefferson Soriano, melaporkan sekolah dan gimnasium yang dijadikan tempat perlindungan oleh orang ramai rosak teruk.

"Mereka meminta bantuan kerana bumbung tercabut. Masalahnya, penyelamat tidak dapat keluar dan membantu," kata Soriano kepada radio DZMM.

Taufan Super Haima melanda seluruh gunung dan komuniti perladangan di wilayah utara kepulauan Luzon pada tengah malam dan menjelang pagi, ia berhadapan kemusnahan besar.

"Sawah dan ladang jagung musnah. Banyak rumah musnah. Saya melihat satu bangunan sekolah ranap di bawah sebatang pokok besar," kata pensyarah universiti di Ilagan, Villamor Visaya. - AFP

Tags / Kata Kunci: Super Haima , Cagayan , Filipina

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan