Pencarian MH370 Tertangguh Dua Bulan Akibat Cuaca Buruk

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 tertangguh sehingga dua bulan kerana cuaca buruk di Lautan Hindi ketika musim sejuk selatan.

Pesawat Boeing 777 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014 dengan 239 penumpang dan kru membawa kepada operasi mencari sejak dua setengah tahun lalu.

Pihak berkuasa Malaysia, Australia dan China pada awalnya menjangka dapat menamatkan pencarian melibatkan kawasan 120,000 kilometer (km) persegi menjelang akhir tahun ini.

"Disebabkan cuaca buruk di bahagian selatan ketika musim sejuk, tempoh misi pencarian akan dilanjutkan ke Januari atau Februari 2017," katanya menerusi kenyataan.

Ia menjadi misi pencarian termahal dalam sejarah penerbangan di mana setakat ini operasi itu meliputi kawasan seluas 110,000 km persegi.

Misi pencarian itu akan dihentikan sebaik keseluruhan kawasan diteroka, bagaimanapun bergantung kepada maklumat terkini yang diperoleh.

Setakat ini, punca kenapa pesawat itu mengubah haluan sebelum terjunam ke laut masih kekal misteri.

Sehingga kini, tiga serpihan melibatkan pesawat MH370 ditemui di Mauritius, pulau Reunion dan Tanzania.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Malaysia Airlines , Australia , Lautan Hindi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan