"Saya tidak mahu ayah mati"

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2016 10:44 AM

Saat-saat hiba Qiao Die memberitahu ayahnya agar supaya mengambil buah pinggangnya. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Hasrat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun untuk meringankan penderitaan ayahnya yang menderita sakit buah pinggag, tidak kesampaian selepas doktor mendapati organ kedua-dua beranak itu tidak sepadan.

Menurut laporan portal People's Daily Online, Qiao Xin dari Xinye, wilayah Henan disahkan menghidap Uremia atau kegagalan buah pinggang sejak 18 Julai dan perlu menjalani rawatan mencuci buah pinggang setiap dua hari.

Dia merupakan satu-satunya tulang belakang terhadap lapan ahli keluarganya termasuk anak berusia lima tahun dan nenek berusia 82 tahun.

Disebabkan penyakit itu, lelaki berusia 34 tahun tersebut tidak dapat lagi bekerja sebagai mekanik dan menampung keluarganya.

Keputusan doktor mendapati organ Qiao Xin dan Qiao Die tidak sepadanuntuk pemindahan buah pinggang. - AGENSI

Uremia hanya boleh dirawat menerusi pemindahan buah pinggang dan anak perempuannya, Qiao Die menawarkan organnya untuk memastikan ayah kesayangannya itu terus hidup.

Dua beradik perempuan Qiao Xin melakukan pemeriksaan di hospital untuk memastikan sama ada buah pinggang Qiao Die sesuai untuk ayahnya.

Namun keputusan doktor mendapati organnya tidak sesuai, sekali gus menyebabkan kanak-kanak perempuan tersebut menangis kerana tidak dapat membantu ayahnya.


"Ayah, saya tidak mahu kamu mati, ambillah buah pinggang saya.

"Ayah adalah kebahagian kami," kata Qiao Die ketika menangis di hadapan ayahnya.

Qiao Die yang masih bersekolah rendah merupakan pelajar pintar di sekolahnya dan sering mendapat keputusan yang baik.

Kisah menyedihkan itu dikongsi dalam laman sosial Weibo dan mendapat perhatian ramai pihak yang meminta kerajaan serta pihak hospital menghulurkan bantuan.

Tags / Kata Kunci: Buah Pinggang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan