Pesawat Air China Terbang Ke Arah Salah Selepas Berlepas

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2016 3:17 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SICHUAN: Sebuah pesawat terbang ke arah yang salah selepas berlepas dari lapangan terbang di barat daya China, menurut laporan satu laman web berita.

Air China berlepas dari lapangan terbang Chengdu di wilayah Sichuan pada pagi Ahad untuk ke Lhasa di Tibet, tetapi menyimpang dari laluannya.

Menurut laporan itu, pusat kawalan trafik udara telah memberikan laluan penerbangan kepada kru, tetapi pesawat berkenaan menuju ke arah bertentangan.

Juruterbang penerbangan CA4401 itu kemudiannya menyedari kesilapan itu dan menghubungi pusat kawalan trafik udara yang menjadualkan semula laluan pesawat berkenaan.

Laporan tersebut bagaimanapun tidak melaporkan berapa lama juruterbang terbabit menyedari kesilapan yang dilakukannya.

Laman web Flightradar24 turut mengesan laluan penerbangan bagi pesawat itu menyimpang dari laluannya.

Tambah laporan itu, Air China mengeluarkan surat amaran kepada juruterbang terbabit berhubung insiden yang berlaku. – South China Morning Post.



iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan