Pertabalan Raja Baharu Thailand Ditangguh Setahun - Berita Dunia | mStar

Pertabalan Raja Baharu Thailand Ditangguh Setahun

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 10:30 AM

PUTERA Mahkota Maha Vajiralongkorn memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej di Istana Besar di Bangkok pada 15 Oktober 2016. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan mahu menangguhkan pertabalannya sebagai raja bagi tempoh sekurang-kurangnya selama setahun.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan Ocha menerusi ucapan yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan baru-baru ini.

Prayuth dalam ucapannya memberi jaminan kepada rakyat Thai bahawa pertabalan Vajiralongkorn tetap akan diadakan dan mereka tidak perlu bimbang.

"Putera Mahkota berkata bahawa pada waktu ini semua orang masih bersedih, begitu juga denganya.

"Jadi setiap pihak perlu menunggu sehingga tempoh bersedih ini selesai," katanya seperti dilaporkan BBC.

Vajiralongkorn menaiki takhta sebagai Raja Thailand selepas kemangkatan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada Khamis lalu tetapi putera sulung itu meminta lebih masa sebelum memikul tanggungjawab tersebut.

Buat masa ini, bekas Perdana Menteri, Prem Tinsulanonda menggalas tugas tersebut buat sementara sebagai pemangku raja.


Tags / Kata Kunci: Thailand
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan