Jambatan Gantung Di Bali Runtuh, Lebih 10 Dipercayai Maut

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 9:21 AM

Jambatan Kuning yang menghubungkan Pulau Nusa Ceningan dan Nusa Penida runtuh pada Ahad malam.Foto: Reuters

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sebuah jambatan gantung yang dikenali sebagai Jambatan Kuning di Bali runtuh pada Ahad malam dan lebih 10 orang dipercayai maut manakala 30 orang disahkan cedera parah. 

Jambatan yang menjadi satu daripada daya tarikan pelancong itu menghubungkan Pulau Nusa Ceningan dan Nusa Penida iaitu pulau-pulau kecil di sekitar Bali. 

Media-media dalam talian memetik Ketua Pusat Data, Informasi Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, jambatan gantung itu terputus akibat lebih muatan kerana ramai penduduk sibuk melintasi jambatan pada waktu itu.

Katanya, ketika kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, ramai penduduk sedang melakukan upacara keagamaan di Pura Bakung Ceningan bagi menyambut Hari Nyepi Segara dan mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti laut. 

Jambatan sepanjang 150 meter dengan kelebaran 1.5 meter itu berada pada ketinggian kira-kira lima meter dari perairan laut yang memisahkan dua pulau berkenaan dan ketika kejadian, air laut dilaporkan surut.  

Sutopo berkata setakat ini, sebanyak sembilan mayat telah ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada pukul 8 malam tadi kerana keadaan gelap dan disambung semula 6 pagi Isnin. 

Katanya, sebanyak 34 mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat berhampiran. 

"Berdasarkan laporan awal, semua korban adalah masyarakat tempatan, tidak ada warga asing," katanya. 

Titi kayu jambatan yang dibina pada tahun 1990-an itu sebelum ini dikatakan mengalami kerosakan dan penduduk tempatan telah meletakkan papan tanda amaran mengenai kerosakan itu. 

Seorang saksi berkata ketika kejadian terdapat kira-kira 100 orang sedang melintasi jambatan itu dan ia dilihat bergoyang-goyang sebelum kabel penggantungnya terputus. 

"Ramai yang terjatuh ke dalam laut termasuk kanak-kanak dan ada juga yang sempat berenang dan terselamat," katanya.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Jambatan Kuning

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan