Gempa 6.4 Skala Richter Gegar Barat Laut China

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter melanda wilayah Qinghai di barat laut China pada Isnin, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut USGS, gegaran berlaku pada kedalaman 32 kilometer (20 batu) dengan berpusat di daerah Yushu.

Namun gegaran itu hanya mendatangkan risiko kematian dan kerosakan yang kecil.

Pada April 2010, Yushu turut mengalami gempa bumi berukuran 6.9 skala Richter.

Dalam kejadian itu, seramai 2,700 nyawa terkorban manakala lebih 12,000 mengalami kecederaan.

Pada 2011, gegaran berukuran 5.3 skala Richter turut menggegar daerah itu.

Tags / Kata Kunci: gempa bumi , barat laut China

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan