Sarika Badai Filipina, Ragut Dua Nyawa

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Taufan Sarika yang membadai tengah Luzon di Filipina mengakibatkan dua nyawa dilaporkan di Catanduanes pada pagi Ahad.

Pergerakan angin taufan yang juga dikenali sebagai Karen itu kini pada tahap kelajuan 130 kilometer sejam dan ia dijangka boleh mencecah sehingga 220 km/j.

Taufan yang berada di sekitar Binalonan, Pangasinan itu masih bergerak ke arah barat kawasan barat laut negara itu.

Ia dijangka melepasi kawasan darat melalui Pangasinan pada pagi Ahad.

Setakat ini, lima kawsan yang masih diletakkan pada amaran tahap tiga adalan Pangasinan, utara Zambales, Tarlac, La Union dan Benguet.

Pihak berkuasa cuaca turut memberi amaran supaya pelayar dan nelayan di perairan utara, timur dan selatan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Taufan ini juga mengakibatkan berpuluh-puluh penerbangan dalam dan luar negara terpaksa dibatalkan.

Berdasarkan pergerakannya ketika ini, ia dijangka meninggalkan Filipina pada Isnin antara pukul 1 hingga tiga pagi.

Bagaimanapun, sebaik Sarika meninggalkan Filipina, ia dijangka dilanda Taufan Haima yang ketika ini berada di 1,490 kilometer di timur Mindanao.

Sementara itu, taufan Sarika dikesan 1,248 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah pada pukul 8 malam pada Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Justeru, jabatan itu memaklumkan bahawa angin kencang Barat Daya berkelajuan 40-50km sejam dan ombak setinggi 3.5m dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Malaysia bermula esok sehingga 19 Oktober ini.

"(Kawasan terlibat) perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan)," katanya.

Keadaan yang sama juga dijangka berlaku di perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Condore, Reef North, Layang-Layang Reef South, Palawan dan Sulu.

Menurut jabatan itu, kejadian air pasang besar yang signifikan juga dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang akan mendedahkan kawasan perairan tersebut kepada kenaikan paras air laut.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya untuk bot kecil atau aktiviti rekreasi dan sukan laut," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Sarika , Luzon , Karen

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan