Pelan Waris Takhta: Putera Mahkota Harap Rakyat Tidak Bimbang, Keliru - PM Prayut

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 1:17 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn mahu rakyat Thailand supaya tidak "keliru atau bimbang" dengan pelan pewarisan takhta berikutan kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej, kata Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha.

Dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen hampir tengah malam tadi,  Prayut berkata beliau dan Jen Prem Tinsulanonda dibenarkan menghadap Putera Mahkota, 64, di Amphorn Satharn Villa, Dusit Palace kira-kira 7 malam tadi.

Prem, yang juga Presiden Majlis Privi yang berkuasa penuh dan bekas perdana menteri Thailand dinamakan sebagai pemangku raja semalam sehingga Raja baharu disytiharkan.

"Putera Mahkota meminta rakyat supaya jangan keliru atau bimbang mengenai hal ehwal kerajaan dan juga pewarisan diraja kerana ia telah ditetapkan dalam Perlembagaan, Undang-undang Pewarisan Istana dan tradisi diraja," katanya kepada rakyat Thailand dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen.

Mengenai bila pelan pewarisan takhta akan bermula, Putera Mahkota, menurut perdana menteri, akan dijalankan selepas upacara pengebumian Raja Bhumibol selesaiPerdana menteri berkata, pada ketika ini, semua orang termasuk Vajiralongkorn masih bersedih atas kemangkatan Raja Bhumibol.

"Putera Mahkota berkata pada ketika ini, setiap orang di sekeling mereka, malah Duli Yang Maha Mulia sendiri masih dilanda kesedihan dan rasa duka, oleh itu semua yang di sekeliling perlu membantu di antara satu sama lain untuk mengharungi atau meredakan dahulu kesedihan itu," katanya.

Putera Mahkota yang dimasyhurkan sebagai pewaris takhta sejak 1972 semasa berusia 20 tahun, mahu diberi sedikit masa untuk berkabung atas kemangkatan ayahanda baginda sebelum menaiki takhta, kata Prayut kepada media semalam.

Pada petang Jumaat, Putera Mahkota mengetuai kerabat diraja yang lain semasa jasad ayahandanya diarak dari Hospital Siriraj ke Grand Palace, disaksikan puluhan ribu rakyat Thailand.

Raja Bhumibol, 89, raja yang paling lama memerintah di dunia, mangkat di Hospital Siriraj pada 3.52 petang semasa menjalani rawatan.

Raja Bhumibol menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1946.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Prayut , Thailand , Putera Mahkota

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan