Larangan Sepenuhnya Samsung Galaxy Note 7

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Larangan sepenuhnya telah dikuatkuasakan ke atas telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dalam semua penerbangan Qantas dan Jetstar mulai 16 Oktober.

Samsung Galaxy Note 7 dilarang dibawa dalam semua penerbangan berkuat kuasa 12:01 tengah malam Ahad, kata Jetstar dalam kenyataan dikeluarkan di sini.

"Ini berikutan kebimbangan berhubung risiko kebakaran daripada bateri telefon itu selepas beberapa insiden di seluruh dunia dan susulan larangan dikenakan oleh badan pengawalan di luar negara," katanya.

Jetstar berkata larangan itu terpakai di dalam pesawat, dalam bagasi bimbit serta bagasi didaftar masuk.

"Peranti Samsung yang lain tidak tertakluk dengan larangan itu," katanya.

Jetstar, subsidiari milik penuh Qantas, ialah syarikat penerbangan tambang rendah Australia yang beribu pejabat di Melbourne.

Qantas, menerusi Jetstar Group, juga memiliki saham dalam anak syarikat seperti Jetstar Asia Airways, syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Singapura.

Jetstar Asia menawarkan perkhidmatan bagi laluan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Kenyataan itu merupakan makluman terkini susulan dasar Qantas Group sebelum ini membenarkan Samsung Galaxy Note 7 dibawa dalam penerbangan dengan syarat ia dimatikan.

"Syarat itu kini telah diperluaskan kepada larangan sepenuhnya," kata Jetstar.

Tags / Kata Kunci: Samsung , Samsung Galaxy Note 7

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan