Asyura Berdarah Angkara Daesh

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Militan Daesh menyerang majlis keraian yang dipenuhi golongan Syiah, pos kawalan polis dan keluarga pemimpin militari Sunni hingga mengakibatkan 55 maut.

Kematian tertinggi dicatatkan dalam serangan di majlis keraian pada Sabtu akibat letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 41 orang maut dan 33 cedera.

Letupan berlaku di dalam khemah yang dipenuhi orang ramai yang mengadakan sambutan sempena Asyura, yang disambut besar-besaran oleh orang Syiah.

Daesh mengaku melakukan serangan itu dalam satu kenyataan.

Khemah itu yang didirikan di sebuah pasar di al-Shaab juga menjadi tempat untuk mengadakan majlis memperingati seorang penduduk tempatan, kata pihak berkuasa.

Sebelum itu, dua lelaki bersenjata yang juga dipercayai anggota Daesh menyerang dua lokasi di utara Baghdad.

Selain itu, dalam serangan pertama, lapan anggota polis terbunuh dan 11 lain cedera dalam serangan di pos kawalan di Mutaibija berhampiran Tikrit, manakala tiga militan dilaporkan maut.

Dalam kejadian kedua pula, isteri dan tiga anak pemimpin kumpulan Ishaqi, Numan al-Mujamaie terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu rumahnya di Ishaq. 

Ketika kejadian itu, Numan tiada di rumah.

Penyerang terbabit melarikan diri selepas dikejar pasukan keselamatan sebelum meletupkan diri tidak lama kemudian.

Tags / Kata Kunci: Asyura , Daesh , Syiah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan