UNESCO Isytihar Israel Sebagai Penjajah

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2016 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

TEL AVIV: Israel menggantung kerjasama dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sehari selepas agensi badan dunia itu meluluskan resolusi untuk mengkritik dasar kejam Zionis.

Berdasarkan resolusi berkenaan, UNESCO mengecam Israel kerana menghalang umat Islam memasuki kawasan Masjid al-Aqsa selain keganasan yang dilakukan oleh polis dan askar rejim.

Selain itu, UNESCO mengisytihar Israel sebagai rejim penjajah kerana melakukan rampasan tanah di wilayah Palestin terutamanya di Tebing Barat.

Resolusi itu yang dikemukakan oleh ALgeria, Mesir, Lebanon, Maghribi, Oman, Qatar dan Sudan diundi pada Khamis lalu dengan mendapat sokongan 24 negara, enam tentangan dan 26 berkecuali.

Estonia, Jerman, Lithuania, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat merupakan negara yang menentang usul tersebut.

Manakala China, Rusia, Mexico, Afrika Selatan dan Pakistan antara negara yang menyokong resolusi terbabit.

"Mesej ini (UNESCO) sangat jelas kepada Israel bahawa mereka perlu menamatkan penjajahan dan mengiktiraf negara Palestin.

"Selain itu rejim Zionis perlu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin yang merupakan kawasan suci bagi penduduk Islam dan Kristian," kata Nabil Abu Rudeineh, jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Status Baitulmaqdis merupakan isu paling lama yang cuba diselesaikan sejak berpuluh-puluh tahun lalu ketika Palestin berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.

Al-Aqsa merupakan kawasan ketiga paling suci bagi umat Islam, tetapi pendatang haram Yahudi dan rejim Zionis menguasai kawasan tersebut untuk mencari Kuil Sulaiman.

Tags / Kata Kunci: Unesco , Palestin , Israel , Al-Aqsa

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan