Remaja Australia Menderita Tulang Belakang Berpintal

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2016 5:42 PM

Samantha Harris (kiri) kesuntukan masa untuk menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang berpintal (gambar x-ray). - MIRROR

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Seorang remaja Australia perlu menjalani pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawa selepas tulang belakangnya berpintal dari dalam badannya.

Samantha Harris menderita penyakit yang dikenali sebagai scoliosis iaitu pembentukan tulang belakang tidak normal, sejak dia berusia tujuh tahun.

Jelas remaja itu, pada awalnya dia menggunakan alat sokongan tulang belakang tetapi tidak lagi memakainya kerana sering dibuli di sekolah.

Masalah tersebut semakin buruk tetapi Samantha tidak dapat menjalani pembedahan kerana berat badannya yang terlalu ringan.

Remaja yang tinggal di Brisbane, Australia itu hanya boleh menjalani pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya tetapi perlu menaikkan berat badan.

Kini pada usia 18 tahun, masa buat Samantha semakin suntuk apabila imej x-ray dikongsi dalam web mengumpul dana, menunjukkan tulang belakangnya melengkung 112 darjah.

Jika tidak dibedah, keadaan itu akan menyebabkan seluruh organ dalamannya rosak dan mengundang kematian.

"Tulang belakang saya mula memintal paru-paru dan kini saya hanya memiliki kapatisi 30 peratus sahaja satu daripada organ tersebut.

"Jika tidak menjalani pembedahan, saya akan mati. Kenyataan ini menakutkan tetapi saya tidak mahu perkara ini berlaku," katanya seperti dilaporkan portal Courier-Mail.

Samantha perlu mengumpul dana sebanyak 12,000 pound (RM61,000) bagi menampung kos pembedahan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Tulang Belakang , Samantha Harris

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan