"Isteri Saya Layak Duduk Di Dapur" - Presiden Nigeria

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2016 3:46 PM

Muhammadu bersama isterinya, Aisha. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

ABUJA: Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari menepis kritikan isterinya berhubung corak kepimpinannya, sebaliknya beliau menyifatkan pasangannya itu layak duduk di dapur sahaja.

Isteri Muhammadu, Aisha Buhari sebelum ini secara terbuka mempersoalkan tugasan suaminya dan beliau tidak mahu lagi menyokong pasangannya itu jika bertanding lagi sebagai Presiden melainkan kerajaan dirombak semula.

Namun kritikan Aisha itu tidak mengundang kemarahan Muhammadu yang hanya ketawa ketika disoal tentang perkara tersebut.

"Saya tidak tahu isteri saya memilik parti mana.

"Tetapi dia selayaknya berada di dapur rumah saya dan di ruang tamu serta di bilik lain," kata Muhammadu kepada media di Jerman ketika mengadakan pertemuan dengan Canselor Angela Merkel.

Pemimpin berusia 73 tahun itu berharap isterinya mengingati bagaimana beliau dipilih sebagai Presiden buat penggal keempat berturut-turut pada tahun lalu.

"Saya lebih berpengetahuan berbanding Aisha dan begitu juga kumpulan pembangkang. Sebab itu saya berjaya.

"Bukan mudah untuk memuaskan hati semua parti pembangkang di Nigeria atau mereka yang berada dalam kerajaan," katanya.

Aisha yang merupakan seorang ibu dan nenek, memiliki ijazah sarjana dalam bidang hal ehwal antarabangsa dan kajian strategik dari Akademi Pertahanan Nigeria dan pernah belajar di sekolah kecantikan di Britain dan Dubai.

Sebagai Wanita Pertama Nigeria, beliau banyak melibatkan diri dalam isu kewanitaan dan kesihatan kanak-kanak.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan