Kembar Siam Bercantum Kepala Jalani Pembedahan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 12:07 PM

Anias and Jadon McDonald menjalani pembedahan untuk memisahkan kepala mereka. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Sepasang kembar siam di Amerika Syarikat akan menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk memisahkan bahagian kepala yang bercantum.

Pembedahan tersebut akan dilaksanakan ke atas Anias dan Jadon McDonald yang dilahirkan pada September tahun lalu di Chicago dekat Illinois.

Walaupun ibu bapa mereka, Nicole dan Christian menegaskan anak kembar mereka itu sihat dan sempurna, tetapi doktor menasihatkan agar pembedahan dilakukan bagi membolehkan dua kanak-kanak terbabit menjalani kehidupan secara normal.

Mereka akan dibedah di Hospital Montefiore di Bronx, New York, satu daripada pusat pakar bedah paling berjaya di dunia.

Nicole dan Christian (baju putih) melihat anak kembar mereka sebelum pembedahkan dilakukan. - AGENSI

Kos pembedahan tersebut bernilai kira-kira AS$2.5 juta (RM10 juta) dan operasi itu bermula pada pagi Khamis serta dijangka memakan masa sehingga 20 jam atau lebih.

Kos tersebut ditampung menerusi polisi insurans yang dimiliki oleh keluarga terbabit.

"Seboleh-bolehnya saya mahu mereka kekal seperti ini," kata ibu kembar siam itu, Nicole yang mengakui sudah biasa melihat kepala anaknya itu bercantum.

Namun wanita berusia 31 tahun itu turut melahirkan rasa bimbang jika pembedahan tersebut gagal.

"Sukar untuk menghadapi situasi ini," katanya.


Sumber berita: http://www.dailymail.co.uk/health/article-3836627/One-2-5-million-Rare-twin-boys-conjoined-HEAD-undergo-incredibly-delicate-operation-separated.html

Tags / Kata Kunci: Kembar Siam

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan