Obama Kritik Trump

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 12:35 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran kepada Donald Trump bahawa calon Parti Republikan itu akan hilang kelayakan walaupun untuk bekerja di kedai serbaneka.

Amaran Obama itu merujuk kepada kenyataan Trump menerusi satu video pada 2005 yang menyebut tentang tindakan seksual terhadap wanita.

Obama menjelaskan, pilihan buat rakyat AS untuk memilih Presiden dalam Pilihan Raya Presiden pada 8 November ini sangat jelas walaupun sebelum video berkenaan tersebar pada minggu lalu yang menunjukkan Trump mengeluarkan kata-kata tidak senonoh terhadap golongan wanita.

"Anda akan berdepan situasi di mana seorang lelaki menyebut perkara yang tidak boleh ditoleransi oleh sesiapa walaupun mereka meminta kerja di 7-Eleven," kata Obama merujuk kepada rangkaian kedai serbaneka terkemuka.

Obama berkata demikian ketika menyertai kempen di Greensboro, North Carolina untuk calon Parti Demokratik, Hillary Clinton.

Selain itu, Obama turut mengkritik segelintir anggota Republikan yang mengecam isu video tersebut tetapi masih menyokong Trump.

"Mereka fikir beliau (Trump) perlu menjadi Presiden tetapi saya menganggap perkara itu mengarut," katanya. - REUTERS



Tags / Kata Kunci: Barack Obama , Donald Trump

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan