Wilayah Rakhine Kembali Bergolak, 12 Terbunuh

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 3:03 PM

SEORANG daripada suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan ke atas pusat kawalan sempadan Myanmar-Bangladesh dibawa ke balai polis di Sittwe, ibu negeri Rakhine pada 9 Oktober 2016. - AFP

(Ubah saiz teks)

YANGON: Wilayah Rakhine di barat Myanmar kembali bergolak apabila pertempuran antara kumpulan lelaki bersenjata bertempur dengan askar kerajaan menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.

Empat askar dan seorang penyerang terbunuh apabila beratus-ratus orang bersenjatakan pistol dan parang menyerang pihak keselamatan di kampung Pyaungpit dekat Maungdaw.

Pihak tentera turut menemukan tujuh mayat selepas pertempuran meletus di kampung berhampiran, Taung Paing Nyar.

"Parang dan kayu ditemukan bersama mayat terbabit," lapor portal berita tempatan, Global New Light of Myanmar.

Keganasan mula tercetus sejak Ahad lalu apabila sembilan anggota polis dibunuh dalam serangan terancang di tiga buah pusat kawalan sempadan.

Susulan insiden terbabit, pihak tentera dikerah mengawal kawasan sempadan bagi mengelakkan kejadian sama berulang di kawasan yang didiami majoriti penduduk etnik Rohingya.

Identiti kumpulan penyerang tidak dapat dipastikan sama ada puak pelampau Buddha atau etnik Rohingya, tetapi dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan di sempadan Myanmar-Bangladesh berjaya ditangkap.

Perkembangan tersebut mengundang kebimbangan terhadap berulangnya tragedi rusuhan agama yang tercetus pada 2012 dengan menyaksikan lebih 100 orang terbunuh dan beribu-ribu penduduk Rohingya menjadi pelarian.

Tags / Kata Kunci: Myanmar , Rohingya , Rakhine

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan