Sepasang Suami Isteri Korban Nyawa Demi Anak

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 12:57 PM

Wu Ningxi ditemukan oleh pasukan penyelamat dalam keadaan didakap oleh bapanya di Lucheng, 11 Oktober 2016. - MAIL ONLINE

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sepasang suami isteri sanggup mengorbankan diri demi melindungi anak perempuan mereka ketika terperangkap dalam kejadian bangunan runtuh di timur China pada Selasa.

Menurut laporan Mail Online, ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi pasangan suami isteri itu dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dinamakan sebagai Wu Ningxi terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Ketika ditemukan pasukan penyelamat, Ningxi didakap oleh bapanya yang menggunakan badan untuk melindungi kanak-kanak tersebut ditimpa serpihan simen yang tebal.

Sekurang-kurangnya 22 orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada 10 Oktober lalu di Lucheng dekat kawasan perindustrian Wenzhou City, wilayah Zhejiang.

Berdasarkan laporan media tempatan, bangunan terbabit yang didiami pekerja yang berhijrah dari wilayah lain di China.

Pasukan penyelamat masih mengumpul maklumat tentang jumlah mangsa yang terperangkap dan operasi menyelamat terus dijalankan.


Sumber berita: http://www.dailymail.co.uk/news/article-3832101/Parents-pay-ultimate-sacrifice-save-little-girl-Chinese-mother-father-dead-shielding-daughter-rubble-collapsed-building-child-survives.html

Tags / Kata Kunci: China , Runtuhan Bangunan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan