Larangan Merokok Seluruh Filipina Bakal Dikuatkuasakan

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Kerajaan Filipina bakal menguatkuasakan larangan merokok di seluruh negara tidak lama lagi sebagai tindakan Presiden Rodrigo Duterte mengembangkan usaha yang sama ketika menjadi Datuk Bandar Davao.

Duterte yang dikenali sebagai The Punisher kerana mengamalkan dasar ekstrem memerangi jenayah dadah, hanya perlu memberi kelulusan bagi melaksanakan peraturan baharu itu.

Setiausaha Jabatan Kesihatan, Paulyn Ubial berkata, larangan akan dikuatkuaksan di semua tempat-tempat awam tidak kira di dalam atau di luar premis.

"Kawasan taman, stesen bas dan dalam kenderaan juga dikategorikan sebagai tempat awam.

"Selain itu, Jabatan Kesihatan mahu melarang sepenuhnya iklan berkaitan rokok dan mewujudkan kawasan merokok di dalam bangunan," katanya.

Ditanya tentang reaksi industri tembakau terharap peraturan tersebut, Ubial berkata, perkara tersebut tidak mendatangkan sebarang perbezaan.

"Terpulang kepada anda jika mahu menentang (peraturan) kerana anda perlu lawan Presiden (Duterte)," katanya seperti dilaporkan portal Philippine Star.

Kira-kira dua bulan lalu, Duterte memberitahu pelannya untuk menguatkuasakan larangan merokok di Filipina seperti yang dilakukannya di bandar Davao ketika bergelar Datuk Bandar.

Duterte mendakwa, tabiat merokok memberi kesan buruk kepada penghisap dan penghidu asap rokok.

Tags / Kata Kunci: Filipina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan