Kisah Dongeng Sang Kura, Sang Arnab Jadi Realiti

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

KISAH dongeng Sang Arnab dan Sang Kura-kura sangat popular dalam kalangan kanak-kanak di mana cerita itu memiliki banyak mesej positif.

Dalam kisah itu, pembaca akan menyedari bagaimana keazaman seekor kura-kura mampu menewaskan kesombongan arnab dalam satu perlumbaan antara kedua-dua haiwan tersebut.

Walhal, arnab yang lebih laju daripada kura-kura, tidak berupaya menewaskan lawannya itu yang jauh lebih lembab gara-gara terlalu angkuh dan terleka dengan kemegahan diri.

Menariknya, kisah dongeng itu terbukti benar apabila satu video yang tersebar dalam laman sosial menunjukkan perlumbaan antara dua haiwan tersebut.

Dalam video berkenaan, seekor arnab dan seekor kura-kura diletakkan dalam "litar" perlumbaan sambil disaksikan ramai penonton.

Pada awalnya, arnab itu dengan mudah mendahului kura-kura sehingga pertengahan perlumbaan, tetapi haiwan tersebut tiba-tiba berhenti.

Kesempatan itu diambil oleh kura-kura untuk memotong arnab terbabit dan menamatkan perlumbaan sebagai pemenang, sekali gus mengesahkan kebenaran kisah dongeng Sang Kura-Kura dan Sang Arnab.

Maklumat terperinci tentang video itu tidak dapat dipastikan tetapi dipercayai berlaku di China.

Tags / Kata Kunci: Kura-Kura , Arnab , Viral

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan