Tahap Kesihatan Raja Thailand Belum Stabil - Berita Dunia | mStar

Tahap Kesihatan Raja Thailand Belum Stabil

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 11:20 AM

Raja Bhumibol Adulyadej

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, raja paling lama menduduki takhta di dunia, dimasukkan ke hospital selepas tahap kesihatannya dilaporkan merosot.

Menurut kenyataan pihak istana pada lewat Ahad, tahap kesihatan Bhumibol masih belum stabil selepas mendapatkan rawatan hemodialisis susulan mengalami masalah berkaitan buah pinggang.

Pengumuman tersebut yang kedua berhubung berita kesihatan Bhumibol pada bulan ini, mencetuskan kebimbangan terhadap pemimpin Thailand yang berusia 88 tahun itu.

Bagaimanapun laporan tentang tahap kesihatan Bhumipol mencetuskan persoalan memandangkan undang-undang ketat Thailand yang melarang masyarakat umum membincangkan soal kesihatan raja mereka.

Kebiasaannya pihak istana akan mengeluarkan kenyataan positif berhubung tahap kesihatan Bhumibol yang semakin pulih tetapi pengumuman tentang keadaan kesihatan raja yang tidak stabil itu dianggap sebagai pelik.

"Keadaan beliau masih belum stabil," jelas kenyataan itu. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Raja Thailand , Bhumibol Adulyadej
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan