Penagih Dadah Di Filipina Jalani Pemulihan Buat Keranda

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 6:41 PM

(Ubah saiz teks)

OLONGAPO (Filipina): Sebahagian penagih dadah di Filipina menyertai program pemulihan mempelajari kemahiran untuk membuat keranda.

Lebih 700,000 pengedar dan penagih dadah mendaftar dengan pihak berkuasa dalam proses yang diistilahkan sebagai "menyerah diri", tetapi terdapat beberapa program atau kemudahan untuk membantu kebanyakan mereka.

Bagaimanapun di Olongapo, sebuah bandar yang terletak utara dari Manila, penagih dadah diajar kemahiran bertukang dan dibayar 5,000 peso Filipina (83 pound) sebulan untuk membuat keranda kayu.

Ia merupakan sebahagian daripada program pemulihan dan sumber pendapatan yang dilaksanakan kerajaan tempatan untuk penagih dadah.

"Saya tahu jika saya tidak berubah, saya akan menjadi salah seorang yang akan berada di dalam satu keranda itu (maut)," kata seorang lelaki berusia 44 tahun yang enggan dikenali, sambil merujuk kepada sejumlah keranda di bengkel kecil yang menempatkan sembilan lagi pekerja di kalangan bekas penagih dadah.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bertindak memerangi dadah di negara itu secara besar-besaran sejak menerajui pentadbiran pada 30 Jun lalu.

Sekurang-kurangnya 400 penagih dadah yang membuat pengakuan menyerah diri kepada polis Olongapo sejak Jun lalu, dan akan dimasukkan dalam program membuat keranda dalam beberapa bulan akan datang.

Menurut kerajaan, keranda yang dibuat daripada papan lapis dan dicat putih, disediakan untuk keluarga-keluarga miskin di bandar yang tidak mampu untuk membayar kos perkhidmatan pengebumian. - Reuters



iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan