Amukan Matthew Lumpuhkan Haiti

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

PORT-AU-PRINCE: Amukan Taufan Matthew di Haiti yang juga negara paling miskin di benua Amerika Syarikat (AS) melumpuhkan kegiatan harian penduduk yang berdepan pelbagai kesulitan.

Angka terkini mencatatkan 877 kematian, selain puluhan ribu kehilangan tempat tinggal akibat taufan itu awal minggu ini sebelum ia ke utara dan membadai pesisir pantai tenggara AS.

Kesan selepas dilanda taufan itu semakin perit apabila ia menyebabkan banjir, kemusnahan bangunan termasuk kediaman dan bekalan elektrik terputus.

Matthew membadai semenanjung barat Haiti Selasa lalu dengan membawa angin kencang selaju 233 kilometer sejam dan hujan lebat.

Pegawai bantuan kecemasan berkata, kira-kira 61,500 masih lagi berada di tempat perlindungan selepas ribut dan hujan lebat memusnahkan perkampungan tepi pantai negara itu yang sebahagiannya baru dapat dihubungi.

Daripada sekurang-kurangnya tiga bandar yang berdepan kematian penduduknya yang ramai, di Chantal iaitu sebuah kampung pertanian seramai 86 orang mati, kebanyakannya selepas rumah mereka dihempap pokok tumbang.

Usaha menghantar bantuan ke kawasan yang paling teruk terjejas sukar dilakukan kerana banjir. Makanan terlalu sedikit dan sekurang-kurangnya tujuh orang mati akibat taun, kemungkinan besar disebabkan air banjir bercampur dengan air kumbahan.

Di Amerika Syarikat, Pusat Taufan Kebangsaan Amerika meramalkan, Matthew yang kini dalam Kategori Dua, akan tiba di Carolina Utara malam ini (waktu tempatan).

Matthew dianggap taufan paling kuat mengancam kawasan Atlantik dalam tempoh lebih 10 tahun.

Tags / Kata Kunci: Matthew , Haiti , Chantal

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan