Bandar Di Jerman Dikepung, Polis Buru Suspek Rancang Serangan Bom

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 8:23 PM

Pasukan polis melakukan pemeriksaan di sebuah kediaman.

(Ubah saiz teks)

SEBUAH bandar di Jerman dikepung susulan pasukan polis memburu seorang lelaki yang disyaki merancang untuk melancarkan serangan bom di lapangan terbang.

Suspek bernama Jabir, seorang warga Syria yang di bawah pengawasan Pejabat Persekutuan bagi Perlindungan Perlembagaan di Cologne, menurut laporan.

Menurut Online Focus, lelaki berkenaan merancang untuk melancarkan serangan bom di sebuah lapangan terbang di Jerman.

Difahamkan suspek memasuki Jerman tahun lalu bersama pelarian-pelarian dari Syria.

Para penduduk diarahkan untuk berada di dalam rumah berikutan pengepungan dan pemindahan dilakukan secara besar-besaran di bandar itu.

Suspek ketika ini masih lagi bebas. - Mail Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan