Dua Rakyat Malaysia Ditahan Bersama 20kg Dadah Di Palembang

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 8:55 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis menahan dua rakyat Malaysia dan merampas 20 kilogram dadah jenis syabu dalam serbuan ke sebuah rumah kedai di Bukit Kecil, Palembang di Sumatera Selatan, Jumaat.

Media-media dalam talian hari ini memetik Ketua Polis Sumatera Selatan Djoko Prastowo sebagai berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis Markas Besar dari Jakarta dan Polis Sumatera Selatan mengekori kedua-dua lelaki terbabit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang.

Katanya kedua-dua lelaki berumur 27 dan 22 tahun terbabit dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa dari Malaysia dan memasuki ke negara republik itu bagi tujuan pengedaran dadah.

Beliau berkata, setelah kedua-dua lelaki terbabit menginap di sebuah rumah kedai tidak jauh dari kota Palembang itu pada kira-kira pukul 10 pagi, polis terus membuat serbuan dan menahan mereka untuk membantu siasatan.

Setelah membuat pemeriksaan badan dan bagasi, polis menemui 20 kilogram dadah jenis syabu yang dipercayai dibawa masuk dari Malaysia.

Djoko berkata kes itu diserahkan kepada Markas Besar Polis di Jakarta dan kedua-dua lelaki terbabit dibawa ke Jakarta bagi siasatan lanjut.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Palembang , dadah , Djoko Prastowo

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan