Presiden Filipina Cabar AS, EU Tarik Bantuan Kewangan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 6:26 PM

Rodrigo Duterte

(Ubah saiz teks)

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mencabar Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk menarik semula bantuan kewangan kepada negara ini jika kedua-dua blok itu tidak menyokong kempen memerangi jenayah dadah yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

"Sila pergi dan bawa duit anda ke tempat lain. Kami mampu berdiri sebagai sebuah negara.

"Adakah anda melihat kami sebagai peminta sedekah? Kami tetap akan terus hidup walaupun menempuh kesukaran dan kami tidak akan menjatuhkan maruah kami.

"Jika anda mahu menarik semula bantuan, silakan. Kami tidak akan merayu untuk perkara itu," katanya ketika berucap kepada anggota polis di bandar Butuan pada Khamis.

Beliau berkata sedemikian sebagai membalas kenyataan dua Senator AS yang mempertikaikan kempen antidadah di Filipina yang meragut banyak nyawa dan meminta bantuan kepada Manila diteliti semula.

Berdasarkan maklumat kerajaan AS, Filipina dijangka menerima bantuan sebanyak AS$188 (RM779 juta) pada 2017 dan negara itu pernah menerima bantuan kira-kira AS$236 juta (RM978 juta) pada 2015.

Sementara EU menghulurkan dana kewangan sebanyak AS$65 juta (RM269 juta).

Lebih 3,680 orang dilaporkan dibunuh oleh polis dan penyerang tidak dikenali sejak Duterte mengambil-alih tugas Presiden pada 30 Jun lalu.

Perkembangan itu sekali gus mengundang kritikan kumpulan hak asasi antarabangsa terhadap kempen Duterte memerangi jenayah dadah di Filipina.


Tags / Kata Kunci: Filipina , Amerika Syarikat , Kesatuan Eropah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan