Telefon Berasap, Pesawat Southwest Dikosongkan

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

CHICAGO: Jadual penerbangan Southwest Airlines terganggu apabila telefon bimbit seorang penumpang mengeluarkan asap hingga menyebabkan anak kapal dan penumpang diarahkan mengosongkan pesawat itu.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam proses untuk meninggalkan lapangan terbang Louisville, Kentucky.

Susulan itu, penerbangan 994 terpaksa dikosongkan ketika bersedia hendak berlepas di landasan apabila telefon penumpang jenis Samsung Galaxy Note 7 terbakar.

"Semua penumpang dan anak kapal keluar dengan selamat dan tenang menerusi pintu utama kabin," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Ketika ini telefon keluarga Samsung itu dipanggil balik di seluruh dunia oleh pembuat telefon pintar terkemuka Korea Selatan itu susulan beberapa insiden disebabkan masalah pada baterinya.

Samsung turut menggantung penjualan telefon berkenaan dan memanggil balik 2.5 juta unit di seluruh dunia bulan lalu. Kira-kira 60 peratus pengguna di Amerika Syarikat (AS) meminta supaya telefon yang dibeli mereka digantikan.

Sementara itu, pemilik telefon dalam pesawat Southwest yang dikenali sebagai Brian Green memberitahu ABC News bahawa telefonnya itu adalah unit yang telah diganti. 

Sebuah laman web teknologi, The Verge melaporkan Green sudah menutup telefonnya sebelum pesawat berlepas.

"Sehingga kita kenal pasti perisian telefon berkenaan, kita tidak boleh mengesahkan ia unit ganti Note7," lapor ABC News memetik Sambung menerusi satu kenyataan balasnya.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan Southwest untuk mengenal pasti perisian berkenaan dan mengesahkan punca kejadian," kata Samsung. - AFP




Tags / Kata Kunci: Southwest Airlines , Kentucky

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan